Monday, July 18, 2011

Pokok pisang


Pokok pisang adalah satu tanaman serba guna daripada pucuknya sehinggalah kepada batangnya.

Kegunaan yang pertama, pucuk pisang atau daun pisang yang muda digunakan untuk membuat membalut lemang. Kedua pula, daun pisang yang tua berguna untuk dibuat bungkusan kuih, nasi lemak, tapai, kuih abuk-abuk, alas kuih bingka dan macam-macam lagi.

Seterusnya, pelepahnya boleh dibuat penyepit dodol semasa dodol hendak dimasukkan dalam tampin. Kegunaan yang keempat, jantung pisang boleh dijadikan sayur dan ulam tapi bukan semua pisang boleh dimakan jantungnya.

Buah pisang boleh dimakan begitu sahaja, dibuat kek atau lepat, direbus dan digoreng. Pisang juga boleh dibuat gulai.Kegunaan yang keenam pula, pada zaman dahulu, batang pisang dibuat benteng serangan ikan todak di Singapura. Batang pisang juga boleh dibuat rakit.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai kegunaan pokok pisang daripada pucuk sehingga ke batangnya.

4 comments: