Monday, July 18, 2011

Kegunaan Kelapa Sawit

Buah kelapa sawit menghasilkan pelbagai kegunaan setelah diproses di kilang. Terdapat tiga bahan utama yang dihasilkan :

(a) Isirung kelapa sawit

(b) Minyak isirung kelapa sawit

(c) Minyak sawit mentah


1. Isirung Kelapa Sawit

Isirung kelapa sawit digunakan sebagai bahan makanan haiwan ternakan dan bahan bukan makanan. Bahan bukan makanan seperti alkhohol lauryl, bahan sabun pencuci dan asid lemak.


2. Minyak Isirung Kelapa Sawit

Minyak isirung pula digunakan untuk membuat bahan makanan seperti marjerin, lemak majmuk, krim, ais krim dan lemak masakan. Minyak sawit juga terkenal bagoi membuat bahan bukan makanan, antaranya untuk membuat sabun, minyak gris, minyak pelincir, lilin, krim pencuci, bahan solekan dan ubat-ubatan.

Perusahaan membuat sabun yang bermutu memerlukan minyak kelapa sawit yang berkualiti, manakala bagi minyak sawit yang rendah mutunya digunakan membuat sabun biasa.


3. Minyak Sawit Mentah

Minyak sawit mentah adalah dalam bentuk separa pepejal (20% pepejal) atau lemak apabila diproses pada suhu 20°°ºc dan purata suhu air 36°°ºc. Justeru itu, minyak ini merupakan bahan yang tidak mudah masam dan mempunyai kandungan yang sesuai untuk membuat makanan seperti marjerin dan lelemak masakan seperti keju sayur.

Proses pepecahan minyak sawit mentah dijalankan secara berperingkat-peringkat untuk mendapatkan bahagian cecair, olein, sterin dan bahagian pepejal.

No comments:

Post a Comment